Ensemble Stars Music kini akhirnya di sini untuk pemain UK. Permainan mudah alih ini akan dikeluarkan tidak lama lagi di Australia, Kanada, UK dan Amerika Syarikat. Ya, sebelum ini permainan ini telah mencapai kejayaan besar di Asia sejak pertama kali dikeluarkan pada 2015.
Sebelum ini, Ensemble Stars Music tersedia untuk pemain Asia, termasuk Jepun, Cina Tradisional, Cina Ringkas, Korea, dll. Ensemble Stars!!Music ialah permainan mudah alih Immersive Rhythm yang dibangunkan berdasarkan salah satu IP anime yang popular. Permainan ini mempunyai berbilang pemain dan ia juga berada pada penarafan 4.6 bintang dengan tempat dalam senarai 10 teratas dalam Kedai Aplikasi Cina.
Terdapat juga tawaran Early Bird untuk pemain! Selepas pra-pendaftaran pemain akan dapat pelbagai hadiah. Pemain boleh menuntut Executive Title, 200 Diamonds, 3 Large Gems (different colors), 2 DIA Scout Tickets, 3 Medium Gems, dsb. Terdapat juga ganjaran istimewa untuk rujukan yang berjaya, pemain boleh mendapatkan DIA Scout Tickets tambahan. Beberapa hadiah lain juga akan diberikan dari semasa ke semasa.

Permainan ini mengisahkan 49 graduan dari sekolah seni berprestij Akademi Yumenosaki yang menyertai agensi hiburan bernama Ensemble Square untuk menjadi Superstar. Pemain akan bersedia untuk menempuh perjalanan pahit manis bersama mereka dan membantu mereka mencipta kerjaya dalam dunia hiburan yang luas.
Untuk pengalaman yang benar-benar mengasyikkan, Ensemble Stars Music (EN) akan menampilkan mod pertunjukan 3D untuk permainan Muzik, dengan 4 tahap kesukaran untuk dicuba oleh pemain!
Pra-pendaftaran KLIK SINI
===
Baca lebih banyak artikel berkaitan permainan mudah alih lain di laman web maklumat permainan mudah alih FajarYusuf.Com.
Ikuti Facebook Fanpages dan juga FajarYusuf.Com Google News supaya anda tidak terlepas maklumat terkini.
Comments